Sunday, 4 August 2013

obsesi. seni. kufi.

Bismillah.

assalamualaikum.

rasanya maseh tak terlambat untuk aku ucapkan ramadhan kareem untuk semua umat Islam yang berpuasa.

moga Allah terima setiap dari amalan kita.
ameen.


***

ehem ehem. 
setiap kali buat entry, mula mula wajib minta maaf.
maaf atas ke-tidak-update-an apa apa post untuk blog ni.
maaf.
*haritu beriya blog dah setahun, lepastu berhabuk*
maaf ye farah.

***

berbalik atas maksud asal post kali ini.

OBSESI. SENI. KUFI

last aku update pasal art ialah pasal khat nasakh. kalau tak baca lagi post tu boleh la belek belek balik page belakang belakang ye. kalau dah baca, nak ulang baca pon boleh :D

fokus, fokus.

kali ini Khat KUFI pulak.
macam yang aku cakap kat entry yg lepas.

"khat nasakh ni lebih pada menulis, dan khat kufi lebih pada melukis"

mula mula belajar, aku rasa kekok jugak nak bentuk bentukkan khat ni. 
tapi bila dah praktis banyak banyak kali, kira boleh la nampak khatnya.

aku sedang obses. ya. obses yang terlampau.

medium yang aku guna ada dua.
satu, painting kufi atas canvas bertatahkan acrylic.
dua, digital.

ni hasil kerja aku-- waktu senyap sepi beberapa bulan ni.

***
kufi on canvas










***
digital kufi





***

hewhew,
banyak gambar aku letak.
haha.
kalau rasa rasa tak larat nak tengok pun tak pe.

tu je lah rasanya aku nak kongsi dulu pasal khat kufi ni.

kalau ada komen, silalah komen.

aku ada tiga lagi kanvas kosong ni, nak sambung buat lagi.
doakan ya.

moga jumpa lagi.

piupiupiu~

p/s: untuk yang jauh, aku khabarkan rindu.

Sunday, 28 July 2013

acry-breath .. phew!

eh?

assalamualaikum..

*dia ni macam ada satu feel pelik yang bila mana kita sudah lama tak update blog.. tiba-tiba ada update*

ok.
macam mana ramadhan kalian?
semoga semua dapat kenerkatannya.

ok.
latest update.
busy dan penat dengan internship. :'(
takpelah. nama pun training kan?

tiba-tiba perasaan nak jadi suri rumah yang ada degree in electrical engineering melonjak-lonjak kegedikkan. siapa nak bayar hutang farah oi? ok. bye.

and.. aku rasa.. almost berbulan jugak tak melukis.. plus last semester most of our subject semua kena hadap pc. :D

ok.
so. hari tu, sebagai tanda yang aku sedang menikmati hari sabtu yang indah....

oh. btw, semenjak internship ni, perasaan menghargai hari sabtu dan ahad sangatlah pelik.

....ok.
sambung... aku telah ter... ter...terhasilkan satu artwork yang aku boleh label sebagai my first acrylic artwork. hah!.

so. what do you think? :)

ok.
true story.
ini tidak dirancang. 
hehe.
daripada doodle-doodle macam biasa, tiba-tiba nak ber-acrylic pula.
tapi sudah semestinya banyak lagi.. eh banyak sangat yang nak kena improve.
ada tips nak share? silakan... :)
but still.. masih chenta dekat crayon. :P
 

ok.
thank you.
farahizzati67

happy ramadhan. may Allah bless us. :)

p/s: kiralah ada berapa banyak 'ok'. ok? ok.


Saturday, 20 April 2013

blog ini 1 tahun :)

assalamualaikum and hye!!
:)

okay.
drum roll please.
hari ini bersamaan dengan 20 april dengan secara sengajanya belog ini telah berusia 1 tahun.
bunga api please.

jerit kat 1 dunia!!!


so. personally. terima kasih kepada semua yang rajin menjengah ke belog ini and yang menyokong. termasuk yang dipaksa. :D
personally juga.
saya seronok dengan belog ini. 1st belog untuk share art story (especially) yang tak seberapa ni.

time create belog ni, saya terfikir sendiri. err.. brape lama la agaknya belog ni boleh pergi. hah! bukan cakap i tak yakin dengan belog ni OKAY! ha ha ha. alhamdulillah setahun sudah. :)
lepas ni kena istiqomah update stori. :)
mohon unifiy sampai cepat ya? >_< (tiba-tiba housemate text : unifi tengah on the way)
ehee. :)

and.to my partner , ALI also thank you haa. and happy 1 year old day. ha ha ha.
banyak belajar dari cerita-cerita anda :)
and saya banyak lah jugak cakap 'terima kasih' on your behalf bila orang puji entry ali depan-depan.
hehehe. 

by the way,
bersempena dengan 1 tahun belog ini,
saya share 1 part behind the scene belog ni. kat bawah ni lah teori dia.
ada la sikit-sikit doodle. 
tapi saya share sikit je. intro je.
x terror lah doodle2 guna jari. penat dia semacam. stress dia dua macam.



by the way,
best x dah setahun korang semua follow kami? dapat apa? hehehehehe.
-farahizzati67-


****

assalamualaikum!
and
hello!

semalam farah inbox aku dekat fb.
dia kata:
"esok she and him 1 year"

yeay!! meaning dah boleh menilai dalam setahun berape je artwork yang berjaya di buat.

bila baca balek, ada seronok, ada sedih sedih, ada tah hapa hapa pun ada.

ngeh~

terima kaseh daun keladi untuk yang datang baca blog ni.

terima kaseh untuk farah maseh bersabar dpt partner macam saya yang kadang kadang ade kadang kadang tak ade. 
buat enrty pon da la jarang jarang. 
maaf 

:)

nah ni untuk she and him
buat guna phone.
dalam phone nampak chantek, bila transfer kat lappy,
macam....errk~

happy bday SHE AND HIM


aliyo





Sunday, 24 March 2013

khat itu seni.

assalamualaikum,

*fuuh fuhhh*
(sambil menaip sambil tiup tiup sawang kat blog nieyh)

untuk ke 20 kali aku tunduk hormat mintak maaf kat farah izzati
atas ke-tidak-update-an blog sekian lama

sebab
last post dari aku 25 november 2012
*tahun lepas*

pfft~

****

salam hormat.

aku pun x tahu lah ade ke tidak org bace lagi blog ni.
tapi aku andaikan ada lah seorang dua.
terima kaseh :)

kembali atas tujuan asal,
seperti tajuk di atas.

"KHAT ITU SENI"

hari ini aku tergerak hati nak kongsi pasal khat.
sebab apa?

sebab khat ni ramai orang dah lupe.
bile bace Quran, hanye sekadar bace dan tak perasan yang setiap huruf tu di tulis dengan khat.
bile terbace kat mane mane tulisan arab, ramai yang tak perasan, setiap bentuk huruf tuh ditulis menggunakan seni khat.

dan
kalau lihat tulisan khat ni mudah, sila cuba dulu.

aku jamin,
susah.

****

sem lepas aku ambil kelas seni khat
aku pilih kelas ni atas nama minat
dan
atas nama seni

khat yang aku belajar
'KHAT NASAKH'

..
apa yang special sangat?

khat ni boleh ditulis guna pen khat, marker pen, pensel

tapi,
aku belajar guna "handam"
atau orang panggil 'batang resam'
atau orang orang panggil 'batang pokok paku pakis gajah'


ini handam

bila menulis kena ada dakwat,
dakwat apa apa pon boleh

macam ini

khat ni yang susah nye sebab dia ada 
disiplin

setiap huruf kena tulis dengan betul
tak boleh silap

lagi lagi bila tulis ayat Quran
silap satu huruf kita yang berdosa

sekali lagi
yang paling penting
DISIPLIN

ini gambar gambar
semasa dalam proses
pembelajaran aku

sila jamu






aku harap satu hari nanti seni khat ni 
berkembang balek

:)

moga jumpa lagi
dan terima kaseh singgah.


aliyosri

Sunday, 3 February 2013

pat pat siku lipat

hai.
(terasa semakin gedik rancak mengupdate belog ini.)


"pat pat siku lipat. sapa cepat dia dapat"

okay. itu tiba-tiba. saja. over. :D


semalam...while sedang lukis-lukis untuk previous entry, aku sebuk la kongsi mongsi that doodle's progression.. hee.

dari awal.. sampai lah siap..

lepas tu... eh, ni bukan nak cakap 'masuk bakul angkat sendiri' tahu?tahu?
muncul lah seperti yang tertera di bawah..
 
ehee~
okay. dia tak maksudkan seperti yang aku maksudkan.. :P

and..
tiba-tiba..
muncul lah hamba Allah sorang ni..

 

masa tu dia pakai gambar 'avril'
 me: manalah aku tahu nak lukis avril nih.
(ni die tukar gamba lain pula)

tiba-tiba..
selamba je dia tukar gambar dia..
cakap tak boleh.
selamba je lagi dia cakap, tekap kat lappy..
what? >_<

n yes. aku tekap betul2.. 
NAH!!!

jujur. aku tekap dari lappy ni :D

dah sekian kay,, tu jelah yang aku mampu lukes... :p

 1..

2...

3..

eh,tak habes lagi? haha..

ini dia.. tengok-tengok lah..


jarang la aku lukes2 orang. dok gheti! :P

 





 
*yay,, xsabarnya nak dapat upah :D ..LOL.*

farahizzati67
 ($_$)

Friday, 1 February 2013

need a hair cut *maybe*

may peace be upon to all of you :)
hello.
hai.
hei, what's up??
:) :) :)

amacam holiday-semester kalian?

tenung kosong pada 1 buku kosong.
grab my 0.2 marker pen - black. *luckily ada. phew*

kalau lah korang tengok cara cari marker ni tadi mesti menyampah..
sebab macam cari ubat..macam dalam drama tu... macam over :|

and.. i said to myself :

"okay. lama tak lukis. try lukis apa saje. laju2."

over.
konon expert. (biarlah~lalalala)

so here's my story...  err...
tengok gambar yang di tangkap je lah..
walau ia x perlu pun dikejar..

 okay. xlawak :O


 close look...

er..page header?

buttercup :)

am singing : 'aku pula dawai besi'

combined version

find me.. :P

 and.. i really love this version..
sebab ia cantik tersadai di sebelah lampu tidur hello  kitty :P

 fully loaded :D

okay.
dia ni memang betulbetul perlu hair cut kan.?kan?kan?
what do you think?
mor-night
farahizzati67
don't forget to visit us kat fb : Between she and him

Sunday, 20 January 2013

cuti-day :)

hai.. hei.. hai.. hei..
assalamualaikum! :)

cuti adalah saat,detik,minit,jam yang paling heaven untuk bikin art..
yelah,time on semester bukan main komplen sana sini masa tak cukup lah.. tido x cukup lah..ehee..

and now,,saya tengah bercuti semester kali ke 5 :P

tapii..
tapi...malang semamngnya tak pernah berbau...:D

segalanya,,tertinggal..tertinggal di bumi selangor nun jauh di sana..
jangan kata 1 warna acrylic.. marker sebatang yang berat x sampai 2.5kg pun tiada :'(
sadis lagi tragis dan ia merupakan 1 magis!

bertambah malang...
semua kertas2 origami pun tertinggal.. isk isk isk...

saya sehelai sepinggang.. hee..

 ini saya goreng-goreng masa dekat stesen subang,,,haa..
sekelip mata terus jadi purse baru...
eh,boleh pulak bawak marker time sebok nk jenjalan... :|
cuti yang bagai 2 tahun ni...? @_@

 pengarut tegar,
farahizzati67... :)