Wednesday 30 May 2012

# sheandhim project

assalamualaikum and hello people.

double artwork dari aku musim musim exam ni.
mintak izin ye akak farah.
hehe

satu rahsia aku untuk kalian.
aku dah makin addicted dengan cetak cetak baju ni.

and kali ni aku buat special printing just for SHE AND HIM tersayang.

aku harap korang teruja macam mana aku teruja.

code:
<sheandhim project>

bismillah


macam biasa aku mula dengan tshirt kosong. kali ni aku pilih warna yang ceria : ungu.
konon konon nak cuba something new.


proses cetak macam selalu aku buat.
pakai blok.


ni hasilnye.
aku senyum puas sorang sorang tengok hasil kerja tangan sendiri.
hahaha

uh uh?
ape pasal gamba kucheng?
bukan arnab, beruang atau penyu?

meh nak bagitau.
mulai harini, maskot SHE AND HIM ialah kucheng.
(habes la aku kene marah ngan farah memandai buat keputusan sendiri)
hahaha

sebab ape kucheng?
sebab, aku dengan farah kongsi banyak bende same.
satu; suka art.
dua; suka band hujan.
tiga; suka kucheng!
tu lah sebab nye.

#aku nak tido sebab dari semalam tak tido tido.
#aku maseh exam, maseh perlu doa doa kalian,
#aku harap akak farah jeles. nak satu? 


akhir kata dari aku,
terima kaseh singgah blog kecil kami ini.


ali.yo
30052012


Sunday 27 May 2012

# ironman project

assalamualaikum people.
uh oh, sangat lame tak update artwork baru
exam week
final exam
sibuk, sibuk

aku sangat pening
pressure
stress

satu care aku hilang kan pening pening musim exam ni.
ni keje aku.

shopping tshirt plain. 

cetak cetak cetak

tadaa!!

ni lah project ironman aku.
amacam?
bagi aku bile hasil tangan kite buat sendiri
biar lah orang kate buruk pown
tapi tetap ohsem kat mata aku sendiri.
hahaha

#pengaruh THE AVENGERS sangat kuat.
#doakan exam aku, aku sangat sangat perlukan doa kalian

ali.yo
27052012

Monday 21 May 2012

when *some text missing* takes over :')

ok. my latest kerja.
(ali tengah happy bercuti :D)

1..2..3..go (*kasihan by hujan)

ini muke depan. 50% je dulu.
normally orang cakap - ikut hati,mati .. kan?
aku cakap ini.

ok.luar topik.
doodle2 atas buku. kulit buku.
this is my 1st time. :D.

nanti anak2/cucu2ku boleh quote ;')
 and... ade 4 ayat best. aku pilih. more about life .
and the best part (for me)...
semua huruf dalam ni adalah tulisan-tangan-kiri..
and saya bukan KIDAL...hee..
jemput tengok :D



luv2 tu tangan kanan.. :D

really luv diz one. and lagi nice sebab dia kat page last sekali.
 and i do believe pada practice-make-perfect..
tulisan tangan kiriku semakin pulih :D
ini suka-suka ye.

 ini muka belakang...
from the bottom of my heart.. :')
ruler tu nak tunjuk yang buku ni 15 cm je.


sorry for the 'bahu'

100% kulit hadapan..
part ayat kat t-shirt beliau,boleh jadi....:
1. when HEART takes over
2.when LOVE takes over
3.when MUSIC takes over
4.when BEAT takes over
5.when SONG takes over
6.when HEARTBEAT takes over
7.when *some-text-missing* takes over

anis_myhousemate cadangkan "when love takes over" untuk buh kat tshirt kartun tu.
maka..terhasil lah idea 6 ayat di atas..tq anis!

jujur,
farahizzati
21/5/2012
0146

Wednesday 16 May 2012

untuk cikgu dari murid

nama murid : ali abdul rahman yosri
tahun : 1997
kelas: 1 Bestari (sekolah kebangsaan jasin, melaka)

pergh, aku maseh ingat first time aku masuk skj, tu memang sekolah legend lah, sebab sume adek beradek aku sekolah tuh. dari akak sulong aku, sampailah adek bongsu, aku.

yew, aku maseh ingat real punye hari pertame kat sekolah.
aku punyelah pemalu. x reti bergaul. kelas pertama, pendidikan seni.
"semua murid kene lukis muke sendiri atas kertas"
waktu tuh, kertas a4 warne coklat kot, gila epik.
aku amek kerusi betul betul tepi pintu, emak dah standby luar kelas tengok aku.

bile aku pandang emak, terus air mate kasih aku mencurah.
sambil lari lari keluar kelas. terus emak bawak balek.
hahahaha.
pergh, gile hingusan aku waktu kecik.

oh, aku lari topik. hari guru.

satu cikgu yang aku ingat name die, cikgu aziz.

hari pertame aku masuk darjah satu aku dapat kelas ke-3: kelas budiman.
hari kedua aku kene transfer masok kelas bestari: kelas pertama.
sebab ape? cikgu aziz tuh yang tukarkan aku. hehe.

aku pernah ingat ayah lupe nak bagi duet belanje, ayah tepon cikgu aziz, cikgu aziz yang korbankan duet die bagi aku duet belanje.

aku pernah naek van pergi sekolah. van tuh penoh dengan budak budak india. pergh. haruman die. sampai sekarang aku x dapat bayangkan. aku sampai sekolah pagi pagi muntah muntah. sape hantar aku balek umah? cikgu aziz jugak :D

haih, terime kaseh cikgu aziz.

cikgu aziz ni salah satu je, ramai lagi cikgu yang baek hati yang pernah ajar aku. x tertulis aku kat sini.

untuk sume cikgu cikgu kat luar sane, SELAMAT HARI GURU.

*untuk ayah jugak, selamat hari guru ayah :)

--------------------------------------------------------------------------------
nama murid : nur farah izzati :')
tahun: 1998
kelas: 1 Setia

1998- darjah s.a.t.u...
recall..recall..recall..
tak tahu kenapa, memang tak suka ikat rambut time kat sekolah.
mungkin feeling-feeling rockstar.eh?!
even before pergi sekolah, rambut memang sudah terkemas dengan ikatan.
yang pasti, ikatan tu akan confirm2 aku bukak.

1998- cik salina mohammed.
 yang akan ikat rambut aku.
SELALU.SETIAP HARI. =_=".
cikgu bertudung labuh and chantek manis tu siap standby getah rambut dalam pencil case dia.
and aku tak malu nak cakap yang itu untuk aku. :D
habis kelas dia, confirm2 ikatan kasih sayang tu aku bukak.
farah degil.
bila dia jumpa. dia panggil and sambung balik. :D
dia tanya,kenapa xsuka ikat rambut? kenapa bukak cikgu dah ikat?
selamba aku jawap: "dia yang terputus cikgu."---ini penipuan sebenarnya,..sorry..
(terbayang: sambil menipu, dia duk sikat and ikat balik rambut aku kat meja guru...aku macam mengeluh..)


and now..rindu.. and tak pernah lupa 1998..
cikgu tu mungkin dah ramai anak dah sekarang :')


*berhenti setakat itu sahaja... :D*

-----------------------------------------------------------------------------------


 for cikgu-cikgu :

ali: ali doakan semoga Allah berkatkan profesyen cikgu cikgu yang x pernah kenal penat lelah melayan karenah murid murid yang pergh, boleh tahan perangainye. SELAMAT HARI GURU sekali lagi :)

farahizzati: selamat hari guru and may Allah bless you. thanks for everything dari A sampai Z. dari negatif infiniti sampai positif infiniti..dari nothing to something. thanks..


for adikadik yang kat sekolah:

ali: aku x de adek, tapi untuk adek adek orang laen yg maseh bersekolah, jangan selalu nanges kat sekolah. belajar rajen rajen. nanti masok university. jangan lupe jase cikgu :)

farahizzati: enjoy your student life!! jangan nak kumpul masalah disiplin sangat lah dik oi.. :D


for kawankawan seperjuangan:

ali: cube pejam mate, ingat balek satu satu muke cikgu yang pernah ajar kite, tadah tangan doa untuk sume cikgu yang pernah ajar kite. doa mohon kebaikan. tanpe mereka sapelah kite.

farahizzati: no matter what,,jangan lupa jasa baik cikgu-cikgu kita. ada cerita pedih dengan mereka? tinggalkan... peace! yang bakal jadi cikgu, tahniah!!



entry terpanjang gabungan farah izzati dengan ali yosri.

Sunday 13 May 2012

takde gambar. :')

can't believe ibu ada anak yang dah umur 21...

farah ingat .ibu rajin je kan tersasul.'farah,kakak ingat kan..'oh my!kakak tuuu!haha.

if i have a secret/request/permission.nak bagi tahu ibu..tapi teragak2....
farah akan tutup muka and cakap dalam 1 nafas..*malu!

and thank 4 the resturestu.
thank sebab redha melayan lawak2/kerenah2 yang kadang2 ntah pape..
thank for your non-stop doa for me and lagi 2 orang budak yang lain jugak jenisnya
 :D.
thank.thank.thank.sila terima kasih sayang saya ini.

"ibu:tadi ibu gi pasar. ibu tengok ikan2 tu. ada ikan merah. ibu teringat farah."
b.l.i.s.s.f.u.l.

pernah sakit mulut.
"me: ibu.ni mesti sebab farah ada lawan ckp ibu. tu pasal jadi macam ni"
"ibu: eh,tak lah. bukan lah"--sambil belek mulut and usap kepala..(asal tibatiba sebak ni?)

my 1st doodle on frame kayu.tak chantek. simpan dalam laci.dalam2 ok. sorok.
bila balik cuti. frame tu ada atas rak. yes. dua2 frame..
ibu lah tu .
sorry. tak jumpa plak pic frame tu.


habit yang kekal sampai sekarang.mungkin.
homework selalu lambat siap.
u the one yang sanggup buatkan depan tadika.
"ibu: semalam kata takde homework. harihari macam ni"
ibu,itu semalam...hee..


ibu yang selalu cool down kan kegelabahanku..

i'll use 'ibu' juga... hee...
may Allah always bless you!

Saturday 12 May 2012

tampal hati

orang kata
move on
jalan kedepan teruskan hidup.
kalau nak lupa yang dulu.
cuba cari pengganti.
kalau paling bagus hidup sorang sorang.

aku kata
lupa yang dulu pun susah.
cari pengganti lagi susah.
hidup sorang sorang memang payah.

tapi sejujurnya.
aku tahu ilmu manusia x tercapai ilmu Allah.

hati ni Allah yang pegang.


entah kenape dua tiga harini aku rase laen macam.
pertama kali aku minat.
yang sangat minat.
minat yang jauh.
dari jauh.

aku x letak harap yang tinggi.
sebab aku x mampu.
jujur x mampu.

sekadar minat kosong.
tapi berisi.

dari jauh aku sempat rakam dalam kotak otak aku.
sempat conteng conteng.
wajah semalam yang aku minat.

aliyo
12512

Friday 11 May 2012

p.a.s.s.i.o.n final episode

(i dunno kenapa aku rasa macam masuk rumah sendiri but teragak-agak =_=")
*refresh

ini cerita awal..
now dah siap..wee!
just finished up benda ni pagi tadi....
here you are..

1...2...3...4!   


doodling atas file. file numerical analysis...
lastly,macam biasa spray dengan clear spray untuk ploteksyen.. :D..
my friend ask: macam mana spray?
me: macam spray nyamuk....NYAMUK! :D

taddddaa!

bukti. ini file numerical analysis.. =_="..and stapler tu..heeee!

 lastly,,
ini from the bottom of my heart...:')

*s.m.i.l.e*
lately aku suka lukis bintang-bintang...sebab pening kot.
ok.
enjoy your evening,people!!

Thursday 10 May 2012

p.a.s.s.i.o.n

facebook - 3 hours ago:
status: tahan diri dari melukis...

facebook - 2 hours ago:
status: terseksa semacam sebab dah pukul 11 and aku belum boleh melukis..... come on farah!!!!!
facebook - 1 hour ago:
status : kerja das siap..should i proceed my nightlife with drawing..or just s.l.e.e.p?
mengantuk dah nih...*tersengguk2
*das=ngantuk punya pasal sampai typo.
ini Ali Yo cakap taip: conteng sikit pastu tdo
maka inilah hasilnya:
ini baru intro :)


benda ni memang buat aku addicted.
lagi addicted when the idea comes. thank you Allah!
can't resists..
bila start je, rasa macam dah 'terputus' dengan dunia luar.
but still,i can ajak people sekeliling join aku luar dari dunia luar. :')..(pasal ni,nanti cerita lain)

berhenti setakat itu sahaja.
sayangnyaaaa..
but  gumbira!
nanti sambung..
macam atas tile lantai pun ada kan benda tu..heee...:D
insyaAllah, i'll tunjuk after 100% siap..*takmalu :D
:PSST!don't block your passion.. tak perlu :')
malam people!,
-0201AM

Thursday 3 May 2012

Birthday Girl!!

usually, kami akan saling request-merequest untuk birthday present.
senang.nak beli pun senang.
tapi,tahun ni takde pula dia request.
so,aku buat satu yang limited edition. ada 1 sahaja. :')
btw, 8 april lepas birthday makcik nih.

dia = dyra. remember?
since my matriculation. alhamdulillah. 1 university. lain course.
lagi 1year,hang khatam belajaqqq....!whoa!hang dah besaq!

selamat menjamu mata dengan hati yang gembira.

awan nano :D

flower power : the tulips!

this is adira!

100% siap.
my 1st work yang aku kira ok.compare yang lepas. still learning.sticker,yang dyra lekat kat tepi frame tu, aku dapat dari - - - >  sis azreen...and adira gak lah yang introduce sis azreen ni kat aku. :D

happy birthday,dyra. May Allah bless you and selamat mendekati-Nya.

Wednesday 2 May 2012

hidup semalam.



dup dap dup dap
dup dap
….
Mata aku meronta tuk celik.
Cepat cepat aku paksa batang tubuh aku bangkit.
Walaupun sekadar duduk, asalkan bangkit.

Aku lihat kipas berpusing nombor lima.
Tapi aku berkeringat.
Kuyup.

Allah.. Allah..
Dua tapak tangan aku telangkupkan ke muka.
Minta Allah jauhkan syaitan dan iblis.
Ludah sedikit ke kiri.
Sambil mulut terkumat kamit membaca ayat kursi.

******

Nafas aku tarik dalam dalam.
 batang tubuh aku rebahkan kembali atas tilam.
Kekiri dan kekanan tok cari posisi selesa.

Bias bias cahaya dari luar buat aku perlahan lahan imbas mimpi tadi.
Mimpi hidup.
Hidup semalam.

aliyo
020512

Tuesday 1 May 2012

jar of...

*pagi yang gelap

lets take a look..
inspired by jelly bean :D bukan pills.
too sweet.

thanx kawankawan untuk highlighter2 anda.
*sorry kacau sedangkan anda semua fokus dengan lecture :')


sangat suka denga ke-colourful-an dia.
nama?
well.aku memang looser part2 bagi nama.

anis setuju.mungkin.hee.

kami keluar dengan nama ini - - - - > "jar of wonderful!"
macam biasa.aku google translate.
"BEKAS BERISI INDAH"---->wah,ni lagi cool!



kalau memang ada bekas berisi indah.memang harihari nak tengok indah tu. :')

nak wonderful? amek la 1 biji. :D

-ada nak bagi nama??